Page

My Wedding story

Assalamualaikum

Dah lama rasa nya mira tak tulis blog ni.Kalau dulu memang obses dengan blogging ni,tapi sekadar tulis suka2 liku2 kehidupan harian cehh...

Sekarang ni status pun dah bertukar kalau dulu single sekarang ni dah jadi isteri orang banyak yang dah bertukar...banyak sangat !dari segi habit dari segi jadual harian dan dari segi segala2 nya...tapi yang penting perkawinan memang mematangkan kita.

Rasa macam nak cerita satu persatu pengalaman bermula dari persiapan nak kawin sampai lah ke hari ni dah berbadan dua...bukan apa sebab kadang2 pengalaman kita boleh di jadi kan panduan untuk orang lain..

Dari segi awal2 nak kawin tu dalam skop nak buat persiapan perkawinan semuanya banyak dugaan yang amat.yelah ALLAH akan uji kita dulu sebelum dia bagi kita bahagia...wah wah wah...ayat macam bahagia berpanjangan derita takkan kunjung tiba pulak..bukan macam tu..ALLAH tu kan dia dah atur dah yang terbaik tuk kita..cuma dia nak tengok macam mana kita nak cari jalan penyelesaian tu je..

Ramai orang yang tak kawin sebab risau budget belum cukup...ramai tak kawin sebab takut simpanan semua akan habis..bahkan ade yang sanggup loan bank semata2 tak nak duit simpanan yang di simpan tu habis demi perkawinan...

Perkawinan tu satu pengorbanan..nak tawu pasangan kita tu sanggup tak bekorban untuk kita adalah bila dia sanggup bekorban sehabis daya untuk berkawin dengan kita.bagi yang perempuan lah...jangan pulak kita kaum perempuan berusaha sehabis daya nak buktikan yang kita sanggup berhabis semata2 nak kawin dengan lelaki tu...sama2 bekorban tak apa haa tu baru betul.

Oklah ada yang tanya masa kawin itu hari saya dan suami ada buat loan tak..jawapan nya tak ade sebab nye saya dan suami memang seboleh2 nya nak elak dari buat loan sebab tak nak commitment yang terlebih2 sangat dengan loan.kononnya nak bagi nama bersih dulu sebab aim nak beli rumah in future.

Kalau ikut kan tempoh kitorang plan nak kawin tu memang singkat sangat..actually plan nak kawin lambat lagi..bulan 12 tahun depan..haha tapi bila dah merisik dah bertunang....pemikiran kitorang jadi lain..jadi matang sikit....so kami decide why not kita kawin je awal2..nak tunggu duit bertimbun baru kawin memang takkan pernah cukup...so kami buat kira2 agak2 berapa kos diperlukan untuk kawin..maka si perempuan ni lah yang tulis kan list..maklumlah orang lelaki kurang arif tentang benda2 list mengelist ni...so ambil pen dan kertas list kan

Kenduri belah perempuan

Baju pengantin ..
Meja makan pengantin and bilik tido pengantin..
pelamin..
khemah...
catering...
hantaran atas dulang..
duit hantaran tuk perempuan..
doorgift (nak letak ape and berapa budget)
photographer..
kad kawin banner banting..
And bla bla bla...

Kenduri belah lelaki
bla...bla..
bla..bla..
bla..bla...
lebih kurang belah perempuan cuma buang part
duit hantaran je..

Lepas dah listkan sume tu mak2 masing2 pun da tawu plan kitorang nak kawin..maka para mak2 dan ayah2 masing2 pun busy lah dngan tugas masing2 crikan katering sume tu..

Part kitorang plak pikir budget kawin ni nak korek dekat mana.....aim kitorang biar besederhana tapi jangan loan!tak kiralah loan bank ke ahlong ke ape ke..

Actually kitorang sediakan persiapan kawin ni bukan dua tiga bulan nak kawin..tapi 8 bulan sebelum kawin..sepanjang 8 bulan ni setiap bulan kami akan beli atleast 2 3 barang untuk atas par ..sebab nya tak nak beli sekaligus nanti nampak macam banyak duit kena habis...ahahah.ini psikology nama nya.

Encik suami masa ni dia lah yang banyak ambil peranan mencari2 duit..alhamdulillah encik suami di lahir kan dari family yang ayahnya menekankan bertapa penting nya menabung sejak dari dulu lagi..so encik suami ni dah menabung dengan asb dah agak lama la...sejak2 zaman gila2 remaja dia dulu lagi....so bila nak kawin ni  dia bekorban keluarkan setakat yang boleh duit asb beliau and tambah pula encik suami and family beliau ade main kutu...berbekal kan semua duit2 yang ada ni alhamdulillah banyak benda untuk kawin boleh setel..

Mira pulak bukan jenis menabung dari dulu lagi..penyakit boros tu memang susah dikikis dalam diri ni..yela ingat kan kawin lambat lagi huhu.tak sangka bertemu dah jodoh..so apa mira boleh bantu adalah dengan duit gaji bulan2 start dri 8 bulan terakhir ni mira pun dah start mula saving...kalau dulu2 tiap2 bulan beli baju tapi nak kawin ni kena control la sikit..bekorban orang kata...barulah sharing nama nya...sharing time susah dan senang..

Suami pulak bagi dia kalau boleh walaupun duit da cukup untuk kawin ..kalau boleh dia tak nak gelang untuk letak atas par time kawin tu dibeli menggunakan duit2 asb yang dikeluarkan tu...sebab selagi boleh usaha dia akan usaha kan cara lain part barang2 kemas ni..kat sini lah rasa terharu dalam diri ni timbul..hehe.. bila encik suami berusaha untuk ikhtiar dapat kan duit lain untuk belikan gelang atas par..alhamdulillah encik suami dapat setelkan benda ni dengan tenang dan tabah walaupun terpaksa bersusah...

Memang susah nak kawin siapa cakap senang..yela nak guna duit banyak..tapi bila kita fikir kalau dah sampai masa suka sama suka better kawin je dan insyaallah kalau same2 ikhtiarkan and sama2 sanggup susah senang sama2 memang mudah sangat nak lalui ..

Saya pernah tanya encik suami..tak menyesal ke keluarkan semua duit2 simpanan beliau selama ni semata2 untuk kawin...alhamdulillah beliau dengan tabah jawab tak....kata beliau..kawin ni lambat laun kena kawin..dan time tu akan guna juga duit simpanan ni cepat atau lambat je..jadi why not kawin je siap2 setelkan semuanya..kita pun jadi yang halal orang pun dah tak pandang negatif bila keluar berdua..

Tentang simpanan kata encik suami..bila kita dah duduk sebumbung berkongsi semua ...kita sama2 cari balik duit simpanan untuk kita guna time susah nanti..time sakit ...atleast perkara wajib iaitu kawin dah selesai dan dah halal...

Kata2 suamilah yang menjadikan isteri ni kuat dari masa nak buat persiapan nak kawin sampailah hari ni nak ada baby daa....

Point of view kat sini...if you all decide nak kawin..jangan terlalu takut tentang budget...just gi through setelkan sikit2...persiapan jangan buat last minit...sedia kan sikit2 awal...jangan boros sepanjang nak kawin tu...bekorban sikit kurang kan belanja2 yang tak patut...focus pada perkawinan je dulu..kalau perlu kerja keras untuk cover belanja yang tak cukup tu..buat lah ...jangan malas2...takpe bebanan ni sekejap je..bila semua dah setel korang akan rasa lega..sesungguhnya kehidupan berumah tangga tu indah taw you all..serius..lebih memantang kan dan sekaligus kita ada teman yang selalu bersama kita saat susah dan senang...

Tq jugak kepada family yang banyak bantu..family kedua2 belah pihak banyak sangat menbantu dari segi sponsor2 dan bantuan2 tenaga sepanjang proses nak kawin hari tu..love you all...










kalau suka LIKE LA..:)

try it!!

Assalamualaikum...



Nampak tak semua?lately mood nak sediakan sarapan sendirI ..lunch sendiri and dinner sendiri berkobar2 .TAk tahulah mana datangnya angin ribut tu..tiba2 je datang .Kalau dulu nak bangun sediakan sarapan awal pagi sangat2 lah malas.sampaikan terfikir moga2 satu hari nanti dapat suami yng suka makan dekat ofis.haa macam tula tahap kemalasan nya tu..

Tapi sejak angin angin masak tiba2 datang ni.rasa nak masak je.sampai pergi ofis pun bawak bekal hahaha.punya obses nak makan masakan sendiri.Maybe jugak ni salah satu bentuk kesedaran yang dikurniakan supaya tak tergolong dikalangan isteri2 yang malas suatu hari nanti.Atau mungkin jugak supaya tidak tergolong dalam golongan yang buat bakal suami semakin kurus bila berkawin nanti.

Actually rasa puas bila kita masak sendiri.walaupun cuma resepi yang sangat mudah hanya telur hancur campur mayonis and cheese beserta sosej....ni salah satu resepi paling simple yang mira suka buat.Sedap sangat bagi mereka yang nak makan sarapan tapi malas nak.masak yang susah2...nah mira share resepi paling malas ni ya


bahan2 

sosej 
telur 
cheese
mayonis
Marjerin

Cara2

panaskan marjerin ..
masukkan sosej and masak sampai sosej masak..
Pecahkan telur...hancur kan die ..
masukkan cheese and mayonis....gaul2 semua sekali ..gaul sekejap je ok...then angkat dan boleh makan ...

ehem yang nak diet sila makan ni ya.terutama untuk atkiners hehe.orang perempuam familiar la dengan nama2 dan jenis diet ni kan.

Sekadar berkongsi :)

**preparation to be a good wife :)



 


kalau suka LIKE LA..:)

JEJAKA DAN GADIS

Assalamualaikum...

                             lately dating je kena ikut encik hati tengok barang2 keter T___T

Hye semua.Sebenarnya mira tak pandai tulis blog sebab tu dah lama tak menulis dekat sini.Selalu share pic atau cerita cuma di facebook ,tapi hari ni mood rasa macam ade sipi2 rasa nak tulis dalam blog yang dah lama terabai dan terbiar ni.

Actually mira takde benda menarik nak di share kan cuma mira nak share tentang ciri2 lelaki yang perlu ada untuk menjadi bakal suami untuk seorang wanita bernama si gadis. eh? :perempuan ni ada beberapa perangai yang sangat pelik yang susah dibaca oleh seorang lelaki bernama jejaka ....hehe pun boleh la kan guna ayat tu?..Ok back kepada topic,kenapa mira cakap perempuan ni ada perangai pelik?sebab nya for sure mira pasti sangat2 lelaki selalu tertanya2 sesama sendiri bila gadis dia merajuk.soalan macam kenapa benda macam ni pun dia nak merajuk?benda kecik je pun.Eh tak terfikir pulak dia akan merajuk bila cakap macam ni...and sebagainya.

Memang perempuan sukar dijangka sebab tu dia special...lelaki yang sabar dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi je yang dah layak untuk dapat status suami ataupun tunang or sebagainya.Benda yang bagi lelaki sekecil2 perkara mungkin aka jadi sebesar2 perkara bagi wanita.
Beranilah tersalah cakap sesuatu yang menyinggung hati dia..tengokla nanti 40 hari 40 malam belum tentu dia lupa....bila tiba part you all selisih faham memang dia akan ungkit benda yang satu tu jela.

oks emua benda2 ni mira cakap berdasarkan pengalaman sendiri.bila fikir2 balik kenapa lah mira ni sensitif sangat.sesitif tahap sampai encik hati jadi tak faham.hehe.Mula2 selalu encik hati tak faham kenapa mira perlu merajuk benda kecil2..tapi sekarang ni alhamdulillah encik hati dah cukup faham tentang perangai perempua yang satu ni.Encik hati akan berhati2 dalam setiap tutur kata beliau.Dan mira pulak bila dah lama kenal ni mira dah tak main pendam2 dah..kalau encik hati cakap sesuatu yang menyinggung hati mira akan terus terang tanya "kenapa cakap macam tu ?" "tadi tu awak cakap macam ni kat saya ..mestilah saya kecil hati." dan pada encik hati pula bila mira berterus terang macam tu dan dia akan jelaskan baik2 ...eh bukan macam tu..maksud saya....bla bla bla (campur puji2 sikit) ...lepas tu mira pun akan faham dan akan ok lepas tu...

Bila difikir2 lagi..dalam peringkat hubungan orang cakap berapa bulan je lagi nak kawin ni dah sampai peringkat matang...peringkat dimana kita kena terus terang dengan pasangan kita tentang apa yang menyinggung hati kita.mungkin apa yang buat kita terasa hati dengan apa yang dia cakap tu adalah disebab kan kerana kita mentafsirkan apa yang dia cakap kearah negatif.Tapi sebenarnya mungkin maksud dia tak sama macam kita fikir.Mungkin dia nak sampaikan benda lain.Jadi tirulah tips ni ya kawan2 yang selalu merajuk tu..Kalau rasa tak puas hati tanya direct sebab dekat situ kita akan dapat explanation dari si dia .So kita akan lega dan tak payah simpan dalam hati lama2.
Kepada lelaki pula nak terangkan tu biar dengan cara halus ..jangan kasar2 cakap tu..nak cantik lagi puji2 sikit kekasih hati tu..perempuan ni suka kena puji dengan orang dia sayang.SO KALAU DIA COMOT TAK PAYAH CAKAP DIA COMOT ! cakap je cantik la awak ni..tapi eh eh comot sikit...ahahahahahaa.

Yang sebenarnya mira ni adalah jenis yang sangat pelik.Encik hati pula adalah orang yang mana tahap kesabaran dia adalah tahap 200% .Dia akan ikut rentak atau kehendak kita .bagi dia asalkan dengan cara tu kita bahagia dia pun akan rasa happy.Biarpun dia nak tengok movie cerita omputih tapi mira nak tengok movie cerita melayu time tu....maka dia akan ikutkan apa yang kita mahu dan dia takkan sekali2 tunjuk cerita tu boring walaupun hakikatnya kadang2 cerita yang mira pilih tu adalah boring.Tapi bila mira cakap kita tak payah la tengok cerita ni sampai habis sebab tak best cerita ni.Maka time tu dia akan dengan excited nya cakap "aah b memang nak cakap cerita ni boring tapi b takut syg cakap b tak sweet" huhuhuhu.dan begitu juga lah bila part makan ,dimana time tu mira memang lapar sangat dah tapi encik hati kenyang .maka bermulalah dialog

mira:b jom makan nak lapar la.b lapar tak?
encik hati:b kenyang lagi tapi b teman sayang makan ya?
mira;owh takpelah syg pun tak lapar.tak naklah makan sorang
encik hati:eh b lapar jugak sebenarnya kita makan ya?

dan begitulah seterusnya encik hati saya punya perangai dan tahap sabar dia..


Tapi sampai satu tahap mira fikir balik.dalam hubungan ni kena adil ..barulah hubungan ceria kan?kalau dia je turut apa kita mahu nanti takut lama2 dia akan rasa tekanan pula .Jadi mira cuba masuk dalam apa yang dia minat pula.contohnya encik hubby sangat2 minat tengok2 accessory kereta .So sekarang ni asal dating je mira akan teman dia tengok2 atau beli acessory kereta .Mira akan pilihkan untuk dia juga dan bagi cadangan dan dan dan nampak dia lebih2 happy bila pergi tempat macam tu.Tapi masalahnya pulak kan ...sekarang ni encik hati nye minat makin menjadi2 pula saya tengok...

tapi takpe saya happy bila tengok awak happy :)







kalau suka LIKE LA..:)