JEJAKA DAN GADIS | ~~MiraHussin~~
Ice Cream Sejuk

Page

JEJAKA DAN GADIS

Assalamualaikum...

                             lately dating je kena ikut encik hati tengok barang2 keter T___T

Hye semua.Sebenarnya mira tak pandai tulis blog sebab tu dah lama tak menulis dekat sini.Selalu share pic atau cerita cuma di facebook ,tapi hari ni mood rasa macam ade sipi2 rasa nak tulis dalam blog yang dah lama terabai dan terbiar ni.

Actually mira takde benda menarik nak di share kan cuma mira nak share tentang ciri2 lelaki yang perlu ada untuk menjadi bakal suami untuk seorang wanita bernama si gadis. eh? :perempuan ni ada beberapa perangai yang sangat pelik yang susah dibaca oleh seorang lelaki bernama jejaka ....hehe pun boleh la kan guna ayat tu?..Ok back kepada topic,kenapa mira cakap perempuan ni ada perangai pelik?sebab nya for sure mira pasti sangat2 lelaki selalu tertanya2 sesama sendiri bila gadis dia merajuk.soalan macam kenapa benda macam ni pun dia nak merajuk?benda kecik je pun.Eh tak terfikir pulak dia akan merajuk bila cakap macam ni...and sebagainya.

Memang perempuan sukar dijangka sebab tu dia special...lelaki yang sabar dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi je yang dah layak untuk dapat status suami ataupun tunang or sebagainya.Benda yang bagi lelaki sekecil2 perkara mungkin aka jadi sebesar2 perkara bagi wanita.
Beranilah tersalah cakap sesuatu yang menyinggung hati dia..tengokla nanti 40 hari 40 malam belum tentu dia lupa....bila tiba part you all selisih faham memang dia akan ungkit benda yang satu tu jela.

oks emua benda2 ni mira cakap berdasarkan pengalaman sendiri.bila fikir2 balik kenapa lah mira ni sensitif sangat.sesitif tahap sampai encik hati jadi tak faham.hehe.Mula2 selalu encik hati tak faham kenapa mira perlu merajuk benda kecil2..tapi sekarang ni alhamdulillah encik hati dah cukup faham tentang perangai perempua yang satu ni.Encik hati akan berhati2 dalam setiap tutur kata beliau.Dan mira pulak bila dah lama kenal ni mira dah tak main pendam2 dah..kalau encik hati cakap sesuatu yang menyinggung hati mira akan terus terang tanya "kenapa cakap macam tu ?" "tadi tu awak cakap macam ni kat saya ..mestilah saya kecil hati." dan pada encik hati pula bila mira berterus terang macam tu dan dia akan jelaskan baik2 ...eh bukan macam tu..maksud saya....bla bla bla (campur puji2 sikit) ...lepas tu mira pun akan faham dan akan ok lepas tu...

Bila difikir2 lagi..dalam peringkat hubungan orang cakap berapa bulan je lagi nak kawin ni dah sampai peringkat matang...peringkat dimana kita kena terus terang dengan pasangan kita tentang apa yang menyinggung hati kita.mungkin apa yang buat kita terasa hati dengan apa yang dia cakap tu adalah disebab kan kerana kita mentafsirkan apa yang dia cakap kearah negatif.Tapi sebenarnya mungkin maksud dia tak sama macam kita fikir.Mungkin dia nak sampaikan benda lain.Jadi tirulah tips ni ya kawan2 yang selalu merajuk tu..Kalau rasa tak puas hati tanya direct sebab dekat situ kita akan dapat explanation dari si dia .So kita akan lega dan tak payah simpan dalam hati lama2.
Kepada lelaki pula nak terangkan tu biar dengan cara halus ..jangan kasar2 cakap tu..nak cantik lagi puji2 sikit kekasih hati tu..perempuan ni suka kena puji dengan orang dia sayang.SO KALAU DIA COMOT TAK PAYAH CAKAP DIA COMOT ! cakap je cantik la awak ni..tapi eh eh comot sikit...ahahahahahaa.

Yang sebenarnya mira ni adalah jenis yang sangat pelik.Encik hati pula adalah orang yang mana tahap kesabaran dia adalah tahap 200% .Dia akan ikut rentak atau kehendak kita .bagi dia asalkan dengan cara tu kita bahagia dia pun akan rasa happy.Biarpun dia nak tengok movie cerita omputih tapi mira nak tengok movie cerita melayu time tu....maka dia akan ikutkan apa yang kita mahu dan dia takkan sekali2 tunjuk cerita tu boring walaupun hakikatnya kadang2 cerita yang mira pilih tu adalah boring.Tapi bila mira cakap kita tak payah la tengok cerita ni sampai habis sebab tak best cerita ni.Maka time tu dia akan dengan excited nya cakap "aah b memang nak cakap cerita ni boring tapi b takut syg cakap b tak sweet" huhuhuhu.dan begitu juga lah bila part makan ,dimana time tu mira memang lapar sangat dah tapi encik hati kenyang .maka bermulalah dialog

mira:b jom makan nak lapar la.b lapar tak?
encik hati:b kenyang lagi tapi b teman sayang makan ya?
mira;owh takpelah syg pun tak lapar.tak naklah makan sorang
encik hati:eh b lapar jugak sebenarnya kita makan ya?

dan begitulah seterusnya encik hati saya punya perangai dan tahap sabar dia..


Tapi sampai satu tahap mira fikir balik.dalam hubungan ni kena adil ..barulah hubungan ceria kan?kalau dia je turut apa kita mahu nanti takut lama2 dia akan rasa tekanan pula .Jadi mira cuba masuk dalam apa yang dia minat pula.contohnya encik hubby sangat2 minat tengok2 accessory kereta .So sekarang ni asal dating je mira akan teman dia tengok2 atau beli acessory kereta .Mira akan pilihkan untuk dia juga dan bagi cadangan dan dan dan nampak dia lebih2 happy bila pergi tempat macam tu.Tapi masalahnya pulak kan ...sekarang ni encik hati nye minat makin menjadi2 pula saya tengok...

tapi takpe saya happy bila tengok awak happy :)







kalau suka LIKE LA..:)

1 comment:

Puan Suraya said...

hi mira...amboi2...ngan encik tunang..
kita dah kawen..hehehe ..ingat lagi x kite?


http://inibelogcikgusuraya.blogspot.com/